Komunikasi strategik merupakan komunikasi yang digunakan secara bertujuan atau berencana oleh organisasi untuk mencapai matlamat. Konsep strategik tersebut adalah bersifat terancang dan bukannya rawak. Sesuatu yang tidak dirancang termasuklah akibat yang tidak terancang boleh memberi impak negatif kepada keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat strategik organisasi (Hallahan et al., 2007). Strategik merupakan konsep yang bersifat multi dimensi dan luas. Konsep strategik turut menekankan bahwa komunikasi sebagai suatu elemen yang sangat penting khususnya apabila komunikasi dilihat sebagai aktiviti pengurusan yang bersifat konstitutif. Justru komunikasi yang berjaya ialah komunikasi yang bersandarkan hasil kajian melalui perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Oleh kerana sifat komunikasi strategik yang luas dan meliputi berbagai dimensi, maka kertas ini coba memperkecilkan skop perbincangan komunikasi strategik berdasarkan tiga perspektif utama yaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi.