MONOGRAF PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN VIDEO BERBASIS MASSIVE OPEN ONLINE COURSES (MOOC)
Апрель 4, 2022
Aang Hidayat, Muktiono Waspodo, Sigit Wibowo

Metrics

  • Eye Icon 5 views
  • Download Icon 0 downloads
Metrics Icon 5 views  //  0 downloads
MONOGRAF  PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN VIDEO BERBASIS MASSIVE OPEN ONLINE COURSES (MOOC) Image
Abstract

Perubahan dalam penggunaan bahan teknologi menjadikan bidang pendidikan semakin terdepan serta meningkatkan kadar pencapaian hasil pembelajaran secara lebih efektif. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional lebih banyak menggunakan kapur, papan hitam serta kaedah syarahan atau kuliah. Namun kini,perkembangan dalam teknologi membolehkan para pelajar belajar di mana-mana saja dan kapan saja tanpa bergantung sepenuhnya pada buku atau syarahandi dalam kuliah. Perkembangan teknologi telah menyumbang kepada perubahan dan menambahbaikan dalam kaedah pembelajaran melalui aplikasi teori-teori pembelajaran. Perkembangan ini turut memberi implikasi terhadap kaedah pembelajaran seperti Pembelajaran pelantar kursus dalam talian secara terbuka (Massive Open Online Course) atau yang disingkat (MOOC). MOOC atau Massive Open Online Courses adalah metode pembelajaran baru yang sepenuhnya berbasis elektronik (Full E-Learning). Berbanding dengan kursus-kursus tradisional, MOOC mempunyai skala pengguna yang lebih besar dan dilakukan di seluruh dunia merentasi pelbagai rangkaian dan platform, MOOC semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar kerana pendekatan serta isi kandungannya yang lebih mudah dan menarik. Melalui kaedah MOOC, pelajar mampu belajar mandiri di samping meningkatkan potensi mereka untuk belajardan membantu antara satu sama lain. hal ini tentu berlaku dalam MOOC kerana para pelajar melibatkan diri dalam proses bertukar idea,berkongsi maklumat dan menyelesaikan semua kesukaran yang mereka hadapi dalam pembelajaran. Pelajar juga mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta, menyelidik, dan berkongsi sumber-sumber pendidikan secara terbukamelalui MOOC. Oleh itu kelebihan yang terdapat dalam MOOC telah menjangkau teknik pembelajaran tradisional dan menjadikannya semakin mendapat tempat dalam dunia pendidikan

Full text
Show more arrow
 
More from this repository
PERPAJAKAN (Teori dan Aplikasi)
PERPAJAKAN (Teori dan Aplikasi) Image
ISU LINGKUNGAN GLOBAL
ISU LINGKUNGAN GLOBAL Image
WISATA BAHARI
WISATA BAHARI Image
🧐  Browse all from this repository

Metrics

  • Eye Icon 5 views
  • Download Icon 0 downloads
Metrics Icon 5 views  //  0 downloads